Sunday, February 17, 2013

Soupingguo: Apps percuma untuk iOS 6.X

Bagi pengguna iPhone, iPod touch dan iPad, anda boleh memuat turun aplikasi Soupinnguo dari China ini secara terus melalui iDevice anda. Jangan risau ianya percuma! Cuma, perlu diingatkan, pastikan iDevice anda telah di jailbreak (untuk kaedah jailbreak, sila klik di sini – kredit untuk OMGhackers.com). Aplikasi ini sebenarnya adalah alternatif kepada Installous yang pernah terkenal bertahun-tahun lamanya. Akan tetapi, menyedari hakikat bahawa Cracked apps adalah suatu yang salah di sisi undang-undang, pemiliknya menamatkan sistem ini, sekaligus mengejutkan dunia jailbreak. Akan tetapi lahir beberapa alternatif lain menggantikan tempat Installous selaku dalang dalam penyebaran cracked apps untuk Apple iOS. Ini temasuk Vshare, Appcake, IPAstore, iFanbox dan lain-lain.

Kaedah installation adalah sama dengan iFunbox yang telah diterangkan dalam post yang terdahulu. Seperti biasa, iDevice anda mestilah di jailbreak. Pastikan juga AppSync 6.X sudah di install melalui Cydia Store.

1- Pergi ke laman Soupingguo (laman ini berbahasa Cina).

2- Atau anda boleh terus memuat turun di sini (untuk iPad), atau di sini (untuk iPhone & iPod touch).

3- Sebaik sahaja anda klik (jika melaui iDevice), satu notis akan terpapar pada iDevice anda.

4- Seterusnya klik Install.

5- Anda dapat lihat satu icon baru pada home screen anda sedang loading.

Anda sudah berjaya. Sekarang boleh cuba search apa-apa Apps, dan muat turun!

Jika anda menggunakan PC atau Notebook, anda juga boleh download dari: [sila rujuk  no. 2]. Untuk proses pemindahan file *.IPA yang telah dimuat turun, anda dinasihatkan menggunakan software iFunBox.

[Perhatian: Kami tidak menggalakkan anda terus-menerus menggunakan apps yang telah di cracked. Ini hanya cadangan bagi memudahkan anda mencuba sesuatu app sebelum anda membelinya]

| No comments:

Saturday, February 16, 2013

Aplikasi Twitter untuk Windows 8

Antara apps terbaik untuk Twitter bagi Windows 8 adalah MetroTwit. Sebenarnya banyak lagi Twitter Cliet Apps di Windows 8, tetapi yang ini lebih menarik perhatian admin. Sebelum ini Mero Twit mengeluarkan MetroTwit preview untuk versi percubaan. Mari kita lihat antara ciri-ciri penting baru ditambah sejak versi preview:

Twitter dengan sokongan Streaming (dengan sokongan Twitter API 1.1)Twitter list

Multi account (memerlukan MetroTwit Pro atau Plus)

Sokongan Twitter lists

Preview media

Banner profil

Sokongan emoji unicode

Sokongan pengesanan geolocation

Anda boleh dapatkan app ini melalui Windows 8 Store (dengan syarat, tablet, PC atau Notebook anda telah di install dengan OS Windows 8) secara percuma! Pastikan anda sentiasa update app ini melalui Windows 8 Store untuk peningkatan performance yang lebih baik. Bagi yang ingin upgrade kepada MetroTwit Pro, anda perlu membayar untuk mendapatkannya.

MetroTwit Pro – Upgrading kepada MetroTwit Pro membolehkan anda membuang iklan pada app tersebut serta membolehkan anda menambah pelbagai akaun, dan mungkin boleh menyokong ciri-ciri tambahan professional selepas ini. Dengan harga $ 5 USD (RM15) anda boleh menaik taraf app tersebut dari Windows Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai MetroTwit, anda boleh berkunjung ke laman rasminya di: MetroTwit.com

| No comments:

Friday, February 15, 2013

Dict Box app kamus capaian online & offline

Sebagaimana kita tahu, banyak sekali apps kamus di AppStore. Setiap app ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara yang menarik pandangan admin adalah Dict Box yang baru saja update ke 6.5.1.
Kamus multilanguage ini sangat berguna kerana ia mempunyai database perkataan secara offline. Ia juga menyediakan pautan kamus-kamus lain secara online. Jadi anda tidak perlu ke Safari untuk ke laman web kamus berkenaan. Sebaliknya anda hanya perlu tap pada icon dan ia membawa anda ke makna perkataan serta link-link kamus online!


[Kepada guru, pelajar atau orang awam yang mempelajari Bahasa Arab]
Anda boleh memanfaatkan kamus ini kerana ia menyediakan pautan Mu'jam-Mu'jam yang muktabar seperti AlBaheeth & Al-Ma'aany. Secara pasti terjemahan adalah dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris dan sebaliknya. Dukacita bahawa tiada Arab ke Bahasa.
Untuk pengetahuan, mu'jam online alBaheeth ada masalah untuk capaian maksud dari kotak search. Sebaliknya anda perlu taip secara manual dalam web yang tertera pada app DictBox.

Lihat screenshot di bawah.

Untuk maklumat lanjut mengenai kamus ini, anda boleh ke laman blog admin app tersebut di:

http://dictboxapps.blogspot.com/

| No comments:

Aplikasi / Apps percuma untuk pengguna iOS

Assalamialaikum. Bagi yang telah jailbreak iDevice mereka samada iPod touch, iPhone atau iPad, anda boleh memiliki apps yang berbayar dengan membelinya melalui iTunes.

Pernahkah anda terfikir untuk mencubanya terlebih dahulu? Kini anda boleh mencuba apps berbayar (paid apps) dari AppStore secara percuma. [Ingat, saya tidak galakkan anda memiliki apps yang telah di crack!].

Caranya:

1. Pastikan iDevice anda telah di jailbreak. (Cara untuk jailbreak diterangkan di sini)

2. Mempunyai tweak cydia AppSync 6+. (Cara untuk download AppSync diterangkan di sini)

3. Nama aplikasi tersebut ialah iFanBox. Untuk tujuan itu, anda boleh pergi ke laman:

http://www.appifan.com/
4. Muat turun secara terus dengan klik pada gambar ini pada laman tersebut.
* Harap maaf kerana laman ini menggunakan Bahasa Cina.

5. Atau klik di sini.
6. Setelah anda memuat turun. Satu icon baru pada iDevice anda akan tertera. Lihat gambar di bawah:
7. Apa lagi, anda boleh memulakan muat turun aplikasi untuk percubaan! [Aplikasi iFanBox secara keseluruhannya bertulisan Cina]
8. Jadi, jangan risau kerana anda boleh melihat icon "kanta pembesar" (search icon) di bahagian bawah. Klik sahaja di situ, anda boleh terus mencari Apps yang anda kehendaki!

9. Setelah anda klik, ia terus memuat turun dan install apps anda. Anda boleh lihat icon apps tersebut di home screen!

| No comments:
Sponsors : Best Google Covers | Desktop Wallpaperslk | PSD Graphics
Copyright © 2013. Hack Gadget - All Rights Reserved
Template Design by CBT | Edited by Masterzoul