Saturday, February 16, 2013

Printify: App dari Cydia untuk pengguna iDevice

Hanya untuk pengguna iDevice termasuk iPhone, iPod touch dan iPad. Bagi yang belum tahu apakah itu printify, anda boleh ke Printify cydia. Secara ringksnya Printify adalah sebuah trik yang amat bijak dari Cydia. Ia mampu menyimpan (save) apa saja paparan dari apps yang menyokong Print atau AirPrint. Ia menyimpannya dalam format PDF. Pernahkah anda terfikir, ketika anda membuka safari, atau ketika anda menyiapkan surat menggunakan Pages dan sebagainya, anda ingin menyimpannya sebagai PDF? Jadi Printify adalah solusi kepada persoalaan ini.

Dengan jailbreak pada iDevice anda, anda boleh memilikinya dari Cydia Store dengan harga 1.99 USD (RM8) sahaja. Versi terbaru ialah 1.4-1.

Akan tetapi versi baru ini mempunyai masalah. Setelah diupgrade daripada versi sebelumnya iaitu 1.3-1, app ini terus menerus crash. Anda tidak boleh mengaksesnya melalui AirPrint mahupun daripada icon app nya. Masalah ini masih belum terjawab kerana update versi 1.4-1 ini sangat baru. Mungkin Cydia akan membaikinya dan di release pada update yang akan datang.

Walaubagaimanpun, dinasihatkan kepada yang sudah memiliki Printify 1.3-1, ia sudah cukup menyokong iOS 5x dan 6x dan anda jangan tergesa-gesa meng update kepada versi baru kerana masalah yang disebutkan tadi.

Bagi yang belum mencubanya, anda boleh dapatkan versi 1.3-1 dari repo HackYourIphone dengan menambah source repo berikut dalam Cydia source:

http://repo.hackyouriphone.org

(Versi dalam repo ini percuma kerana telah di crack - Kami tidak menggalakkan anda terus-menerus menggunakan Cydia app yang telah di crack)

[Update 18.2.13: Printify 1.4-2. Update boleh didapati dari BigBoss repo (bagi yang sudah membeli app ini dari BigBoss). Bagi yang ingun mencuba, boleh search dan dapatkan dari repo hackyouriphone secara percuma. Update kali ini membaiki bugs / crash yang terdapat dalam versi sebelumnya 1.4-1.

|

No comments:

Post a Comment

Sponsors : Best Google Covers | Desktop Wallpaperslk | PSD Graphics
Copyright © 2013. Hack Gadget - All Rights Reserved
Template Design by CBT | Edited by Masterzoul