
Jika anda perasan (bagi pemilik iPhone sahaja :), setiap kali Apple release updatenya yang terbaru pasti akan timbul masalah daripada update tersebut. Yang paling menyedihkan apabila kebanyakan iPhone menghadapi masalah Wi-Fi Connectivity sebaik sahaja mereka update ke iOS 6.1.
Dalam forum diskusi Apple, beberapa pengguna mengadu yang iPhone 5 mereka setelah di update kehilangan etwork connectivity. Tambahan pula bateri iPhone 5 mereka turut terjejas dengan draining 40% dalam masa sejam tanpa membuka apa-apa apps.
Kata salah seorang pengguna:
"After updating to iOS 6.1, I can't get service anymore. It comes and goes. My battery went down 40% in an hour. GPS can't get a precise location. Phone is practically unusable! I tried resetting network settings, and then restoring the iPhone, but nothing works"
Katanya lagi: "setelah saya ke Apple center, mereka hanya menukarkan untuk saya iPhone 5 yang baru tanpa iOS 6.1!"
iPhone 4, 4S, 5 dan iPod touch antara yang mengalami nasib buruk ini. Kebanyakan pengadu berkata iPhone mereka mengalami penurunan (draining) bateri yang amat ketara. iPhone 5 yang telah di set kan kepada Airplane Mode menunjukkan draining bateri sebanyak 6% selama 2 jam! Begitu juga iPad generasi ke-4, setelah update ke iOS 6.1, ternyata menunjukkan sisa bateri tinggal 85% dalam masa penggunaan 40-50 minit!
Seorang pengguna iPhone 5 dari Italy juga menghadapi masalah yang sama iaitu masalah dengan GSM network. Banyak lagi masalah lain yang dihadapi oleh ramai pengguna. Iphone 4 juga tidak ketinggalan dalam menghadapi masalah ini bila update ke iOS 6.1. Seorang pengguna lain mengadu yang dia tidak mengdengar apa-apa suara jika seseorang menelefonnya. Dia telah meneliti setting dan lain-lain tetapi masih gagal berfungsi dengan baik termasuk ringtone yang tidak lagi berdering.
iPod touch terbaru iaitu generasi ke5 juga terlibat dalam masalah ketika melakukan upgrading OTA (on-the-air) iOS 6.1. Ketika dalam proses updating, satu erro (3014) muncul semena-mena! Setelah menyemak laman forum Apple, tiada juga penyelesaian. Sekarang seorang pengguna hanya mampu melihat iPod touch nya menjadi "Paper Weight" sahaja di rumah. Amat menyedihkan!
|





No comments:
Post a Comment