Sunday, February 17, 2013

Soupingguo: Apps percuma untuk iOS 6.X

Bagi pengguna iPhone, iPod touch dan iPad, anda boleh memuat turun aplikasi Soupinnguo dari China ini secara terus melalui iDevice anda. Jangan risau ianya percuma! Cuma, perlu diingatkan, pastikan iDevice anda telah di jailbreak (untuk kaedah jailbreak, sila klik di sini – kredit untuk OMGhackers.com). Aplikasi ini sebenarnya adalah alternatif kepada Installous yang pernah terkenal bertahun-tahun lamanya. Akan tetapi, menyedari hakikat bahawa Cracked apps adalah suatu yang salah di sisi undang-undang, pemiliknya menamatkan sistem ini, sekaligus mengejutkan dunia jailbreak. Akan tetapi lahir beberapa alternatif lain menggantikan tempat Installous selaku dalang dalam penyebaran cracked apps untuk Apple iOS. Ini temasuk Vshare, Appcake, IPAstore, iFanbox dan lain-lain.

Kaedah installation adalah sama dengan iFunbox yang telah diterangkan dalam post yang terdahulu. Seperti biasa, iDevice anda mestilah di jailbreak. Pastikan juga AppSync 6.X sudah di install melalui Cydia Store.

1- Pergi ke laman Soupingguo (laman ini berbahasa Cina).

2- Atau anda boleh terus memuat turun di sini (untuk iPad), atau di sini (untuk iPhone & iPod touch).

3- Sebaik sahaja anda klik (jika melaui iDevice), satu notis akan terpapar pada iDevice anda.

4- Seterusnya klik Install.

5- Anda dapat lihat satu icon baru pada home screen anda sedang loading.

Anda sudah berjaya. Sekarang boleh cuba search apa-apa Apps, dan muat turun!

Jika anda menggunakan PC atau Notebook, anda juga boleh download dari: [sila rujuk  no. 2]. Untuk proses pemindahan file *.IPA yang telah dimuat turun, anda dinasihatkan menggunakan software iFunBox.

[Perhatian: Kami tidak menggalakkan anda terus-menerus menggunakan apps yang telah di cracked. Ini hanya cadangan bagi memudahkan anda mencuba sesuatu app sebelum anda membelinya]

| No comments:

Saturday, February 16, 2013

Printify: App dari Cydia untuk pengguna iDevice

Hanya untuk pengguna iDevice termasuk iPhone, iPod touch dan iPad. Bagi yang belum tahu apakah itu printify, anda boleh ke Printify cydia. Secara ringksnya Printify adalah sebuah trik yang amat bijak dari Cydia. Ia mampu menyimpan (save) apa saja paparan dari apps yang menyokong Print atau AirPrint. Ia menyimpannya dalam format PDF. Pernahkah anda terfikir, ketika anda membuka safari, atau ketika anda menyiapkan surat menggunakan Pages dan sebagainya, anda ingin menyimpannya sebagai PDF? Jadi Printify adalah solusi kepada persoalaan ini.

Dengan jailbreak pada iDevice anda, anda boleh memilikinya dari Cydia Store dengan harga 1.99 USD (RM8) sahaja. Versi terbaru ialah 1.4-1.

Akan tetapi versi baru ini mempunyai masalah. Setelah diupgrade daripada versi sebelumnya iaitu 1.3-1, app ini terus menerus crash. Anda tidak boleh mengaksesnya melalui AirPrint mahupun daripada icon app nya. Masalah ini masih belum terjawab kerana update versi 1.4-1 ini sangat baru. Mungkin Cydia akan membaikinya dan di release pada update yang akan datang.

Walaubagaimanpun, dinasihatkan kepada yang sudah memiliki Printify 1.3-1, ia sudah cukup menyokong iOS 5x dan 6x dan anda jangan tergesa-gesa meng update kepada versi baru kerana masalah yang disebutkan tadi.

Bagi yang belum mencubanya, anda boleh dapatkan versi 1.3-1 dari repo HackYourIphone dengan menambah source repo berikut dalam Cydia source:

http://repo.hackyouriphone.org

(Versi dalam repo ini percuma kerana telah di crack - Kami tidak menggalakkan anda terus-menerus menggunakan Cydia app yang telah di crack)

[Update 18.2.13: Printify 1.4-2. Update boleh didapati dari BigBoss repo (bagi yang sudah membeli app ini dari BigBoss). Bagi yang ingun mencuba, boleh search dan dapatkan dari repo hackyouriphone secara percuma. Update kali ini membaiki bugs / crash yang terdapat dalam versi sebelumnya 1.4-1.

| No comments:

Friday, February 15, 2013

iPhone mini bulan Jun di USA?

Ura-ura iPhone mini akan di release pada bulan Jun ini di USA. Adakah berita ini benar atau tidak? Menurut seorang penganalisis, rekaan casing iPhone mini ini dibuat daripada plastik + aluminium. Ia dikatakan lebih murah berbanding iPhone model-model lain. Benarkah? kita tunggu dan lihat. Seperti biasa, iPhone mini ini beraksi dalam dua warna putih dan hitam. Harganya lebih kurang USD 350 (RM 1200) sahaja. Ya, lebih kurang sama dengan harga iPad mini di pasaran sekarang.

| No comments:
Sponsors : Best Google Covers | Desktop Wallpaperslk | PSD Graphics
Copyright © 2013. Hack Gadget - All Rights Reserved
Template Design by CBT | Edited by Masterzoul