Saturday, February 16, 2013

Google Store (Kedai Google) akan dibuka?

Tidak lama lagi, Google dilaporkan akan mula membuka kedai (Store) tersendiri menjelang akhir tahun ini.

Outlet Google akan dibuka untuk menjual sendiri produk-produk Google seperti peranti Nexus, Chrome terus kepada pengguna. Matlamat Google adalah untuk menjual produk fizikal dan software sama dengan Google Play. Di samping menjual produk semasa, kedai Google juga akan menjual peranti akan datang seperti Google Glass serta menjadi outlet utama bagi cawangan-cawangan kecil untuk mengedar produk secara terus ke tangan pengguna memandangkan ramai yang telah menyedari kehebatan produk-produk Google.

Menurut laporan 9-5 Mac, Google ingin memberikan pelanggan merasi sendiri produk mereka dengan lebih dekat lagi sebelum pelanggan tersebut membeli produk berkenaan. Reka bentuk Google Store ini adalah lebih kurang sama dengan Apple Store yang membolehkan pengguna untuk mencuba versi demo produk sebelum mereka melakukan pembelian. Apa yang anda fikir? Adakah anda ingin melihat kedai-kedai Google di kawasan anda? Adakah anda fikir mereka boleh berjaya seperti Apple Store?

| No comments:

Akan datang: iOS 7 lebih susah untuk di Jailbreak

Planetbeing (gambar di atas) salah seorang dalang dalam pengoperasian Jailbreak berpendapat bahawa iOS 7 yang akan di release tidak lama lagi agak sukar dan lebih mencabar untuk di jailbreak berbanding versi-versi iOS sebelum ini. Beliau berkata:

"Agak sukar untuk dikata. Apple telah berjaya mengurangkan faktor yang memudahkan serangan jailbreak dalam iOS 6. Kami mengambil peluang ketika Apple melakukan beberapa kesilapan dalam iOS terdahulu menggunakan trik filesystem. Kami hanya menyerang (ketika proses membuat sistem jailbreak) sekuriti Apple melalui sistem dalaman asas yang dioptimakan oleh Apple. Ia sukar dicari pada asalnya. Jadi kami beranggapan bahawa jailbreak iOS 7 dan akan datang akan lebih sukar. Akan tetapi kami juga ada menyimpan beberapa trik rahsia untuk digunakan dalam jaibreak akan datang. Cuma ia mengambil masa yang agak panjang untuk release jailbreak yang benar-benar stabil yang kami sendiri tidak dapat pastikan"

Berdasarkan kronologi jailbreak, komuniti jailbreak biasanya menghabiskan masa lebih dari 6 bulan untuk mengeluarkan jaibreak bagi iOS versi seterusnya. Walaubagaimanapun akan ada cara / kaedah untuk jailbreak bagi setiap versi iOS, cuma ia mengambil masa yang panjang disebabkan kesukaran dalam mencari kelemahan Apple pada iOS tersebut.

Anda boleh berkomunikasi dengan Planetbeing melalui laman forum Reddit.com

| No comments:

Friday, February 15, 2013

iPhone mini bulan Jun di USA?

Ura-ura iPhone mini akan di release pada bulan Jun ini di USA. Adakah berita ini benar atau tidak? Menurut seorang penganalisis, rekaan casing iPhone mini ini dibuat daripada plastik + aluminium. Ia dikatakan lebih murah berbanding iPhone model-model lain. Benarkah? kita tunggu dan lihat. Seperti biasa, iPhone mini ini beraksi dalam dua warna putih dan hitam. Harganya lebih kurang USD 350 (RM 1200) sahaja. Ya, lebih kurang sama dengan harga iPad mini di pasaran sekarang.

| No comments:
Sponsors : Best Google Covers | Desktop Wallpaperslk | PSD Graphics
Copyright © 2013. Hack Gadget - All Rights Reserved
Template Design by CBT | Edited by Masterzoul