Sunday, February 17, 2013

Android di PC dan Notebook anda!

[Update 18.2.13: Sekiranya anda mengalami masalah semasa proses installation, terutamanya bila ada notifikasi tentang Graphic Card dan sebagainya, kemungkinan ada beberapa ketidaksesuaian pada notebook anda. Untuk pengetahuan, Bluestacks installer memerlukan sokongan OpenGL ES 2.0 API untuk menghidupkan enjin grafik Android. Sekiranya Bluestacks mendapati yang notebook anda tidak memenuhi keperluan ini, maka ia secara automatik memberhentikan proses installation. Kebiasaannya ini terjadi disebabkan processor notebook anda terlalu rendah contohnya yang menggunakan processor Intel Atom atau AMD C & Z. Jadi, dukacitanya notebook anda langsung tidak dapat mengecepai apps android melalui Bluestacks :(]

Anda biasa menggunakan Android? Kemungkinan besar anda menggunakan beberapa aplikasi instant messenger seperti WhatsApp atau KakaoTalk. Sebagai pengguna aplikasi-aplikasi instant messenger tersebut, ketika sedang bekerja dengan laptop,  kita juga ingin menjawab pesanan-pesanan dari rakan-rakan di WhatsApp melalui laptop kita secara terus. Jika anda juga merasa begitu, Bluestacks adalah solusi terbaik bagi anda.

Bluestacks adalah sebuah aplikasi virtual yang memungkinkan untuk menjalankan aplikasi dari sebuah sistem operasi di atas sistem operasi lain. Admin pernah mencubanya di notebook peribadi, ternyata ia sangat menarik! Bluestacks menyediakan aplikasi Android dari Google Play dan Amazon App Store yang mampu berjalan dalam platform Windows XP, Vista,7 dan 8.

Tambahan pula, BlueStacks menyatakan bahwa sehingga kini, sudah lebih 750,000 aplikasi mobile yang boleh dijalankan melalui sistem virtual melalui Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan bahkan Mac OS. Baru-baru ini BlueStacks mengumumkan sokongan terhadap sistem operasi Windows 8. Ini bermakna BlueStacks sudah dioptimakan supaya boleh dijalankan dalam tablet Windows 8 seperti Surface Pro yang telah dilancarkan oleh Microsoft.

Pastikan PC / notebook anda mampu menampung software ini. Admin mencadangkan requirement yang paling kecil adalah Intel Pentium. Bagi yang memiliki Intel Core i3, i5 sudah tentu yang ini lebih bagus. Harus diingatkan juga bahawa software ini baru di peringkat percubaan (beta), namun pemiliknya akan sentiasa menaik taraf dari semasa ke semasa.

Anda boleh dapatkannya secara percuma melalui laman rasminya di sini.

|

No comments:

Post a Comment

Sponsors : Best Google Covers | Desktop Wallpaperslk | PSD Graphics
Copyright © 2013. Hack Gadget - All Rights Reserved
Template Design by CBT | Edited by Masterzoul