Sunday, February 17, 2013

Android di PC dan Notebook anda!

[Update 18.2.13: Sekiranya anda mengalami masalah semasa proses installation, terutamanya bila ada notifikasi tentang Graphic Card dan sebagainya, kemungkinan ada beberapa ketidaksesuaian pada notebook anda. Untuk pengetahuan, Bluestacks installer memerlukan sokongan OpenGL ES 2.0 API untuk menghidupkan enjin grafik Android. Sekiranya Bluestacks mendapati yang notebook anda tidak memenuhi keperluan ini, maka ia secara automatik memberhentikan proses installation. Kebiasaannya ini terjadi disebabkan processor notebook anda terlalu rendah contohnya yang menggunakan processor Intel Atom atau AMD C & Z. Jadi, dukacitanya notebook anda langsung tidak dapat mengecepai apps android melalui Bluestacks :(]

Anda biasa menggunakan Android? Kemungkinan besar anda menggunakan beberapa aplikasi instant messenger seperti WhatsApp atau KakaoTalk. Sebagai pengguna aplikasi-aplikasi instant messenger tersebut, ketika sedang bekerja dengan laptop,  kita juga ingin menjawab pesanan-pesanan dari rakan-rakan di WhatsApp melalui laptop kita secara terus. Jika anda juga merasa begitu, Bluestacks adalah solusi terbaik bagi anda.

Bluestacks adalah sebuah aplikasi virtual yang memungkinkan untuk menjalankan aplikasi dari sebuah sistem operasi di atas sistem operasi lain. Admin pernah mencubanya di notebook peribadi, ternyata ia sangat menarik! Bluestacks menyediakan aplikasi Android dari Google Play dan Amazon App Store yang mampu berjalan dalam platform Windows XP, Vista,7 dan 8.

Tambahan pula, BlueStacks menyatakan bahwa sehingga kini, sudah lebih 750,000 aplikasi mobile yang boleh dijalankan melalui sistem virtual melalui Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan bahkan Mac OS. Baru-baru ini BlueStacks mengumumkan sokongan terhadap sistem operasi Windows 8. Ini bermakna BlueStacks sudah dioptimakan supaya boleh dijalankan dalam tablet Windows 8 seperti Surface Pro yang telah dilancarkan oleh Microsoft.

Pastikan PC / notebook anda mampu menampung software ini. Admin mencadangkan requirement yang paling kecil adalah Intel Pentium. Bagi yang memiliki Intel Core i3, i5 sudah tentu yang ini lebih bagus. Harus diingatkan juga bahawa software ini baru di peringkat percubaan (beta), namun pemiliknya akan sentiasa menaik taraf dari semasa ke semasa.

Anda boleh dapatkannya secara percuma melalui laman rasminya di sini.

| No comments:

Saturday, February 16, 2013

Aplikasi Twitter untuk Windows 8

Antara apps terbaik untuk Twitter bagi Windows 8 adalah MetroTwit. Sebenarnya banyak lagi Twitter Cliet Apps di Windows 8, tetapi yang ini lebih menarik perhatian admin. Sebelum ini Mero Twit mengeluarkan MetroTwit preview untuk versi percubaan. Mari kita lihat antara ciri-ciri penting baru ditambah sejak versi preview:

Twitter dengan sokongan Streaming (dengan sokongan Twitter API 1.1)Twitter list

Multi account (memerlukan MetroTwit Pro atau Plus)

Sokongan Twitter lists

Preview media

Banner profil

Sokongan emoji unicode

Sokongan pengesanan geolocation

Anda boleh dapatkan app ini melalui Windows 8 Store (dengan syarat, tablet, PC atau Notebook anda telah di install dengan OS Windows 8) secara percuma! Pastikan anda sentiasa update app ini melalui Windows 8 Store untuk peningkatan performance yang lebih baik. Bagi yang ingin upgrade kepada MetroTwit Pro, anda perlu membayar untuk mendapatkannya.

MetroTwit Pro – Upgrading kepada MetroTwit Pro membolehkan anda membuang iklan pada app tersebut serta membolehkan anda menambah pelbagai akaun, dan mungkin boleh menyokong ciri-ciri tambahan professional selepas ini. Dengan harga $ 5 USD (RM15) anda boleh menaik taraf app tersebut dari Windows Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai MetroTwit, anda boleh berkunjung ke laman rasminya di: MetroTwit.com

| No comments:

Tuesday, February 12, 2013

Jangan save Word ketika Fail dalam Winrar

Pernahkah anda memuat turun sesuatu, dan fail berkenaan dalam format “.RAR”? Jika fail tersebut dalam format word, excel atau power point, anda seharusnya meng”extract” fail-fail yang berada dalam Winrar sebelum di edit dan di save. Ini kerana Winrar tidak menyokong (support) proses “saving”. Jadi berhati-hati jika hendak edit sesuatu fail. Anda mesti extract terlebih dahulu. Jika tidak, apa yang anda edit dan save tadi menjadi sia-sia!

| No comments:
Sponsors : Best Google Covers | Desktop Wallpaperslk | PSD Graphics
Copyright © 2013. Hack Gadget - All Rights Reserved
Template Design by CBT | Edited by Masterzoul