Sebagaimana kita tahu, banyak sekali apps kamus di AppStore. Setiap app ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara yang menarik pandangan admin adalah Dict Box yang baru saja update ke 6.5.1.
Kamus multilanguage ini sangat berguna kerana ia mempunyai database perkataan secara offline. Ia juga menyediakan pautan kamus-kamus lain secara online. Jadi anda tidak perlu ke Safari untuk ke laman web kamus berkenaan. Sebaliknya anda hanya perlu tap pada icon dan ia membawa anda ke makna perkataan serta link-link kamus online!
[Kepada guru, pelajar atau orang awam yang mempelajari Bahasa Arab]
Anda boleh memanfaatkan kamus ini kerana ia menyediakan pautan Mu'jam-Mu'jam yang muktabar seperti AlBaheeth & Al-Ma'aany. Secara pasti terjemahan adalah dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris dan sebaliknya. Dukacita bahawa tiada Arab ke Bahasa.
Untuk pengetahuan, mu'jam online alBaheeth ada masalah untuk capaian maksud dari kotak search. Sebaliknya anda perlu taip secara manual dalam web yang tertera pada app DictBox.Lihat screenshot di bawah.
Untuk maklumat lanjut mengenai kamus ini, anda boleh ke laman blog admin app tersebut di:
http://dictboxapps.blogspot.com/




