Saturday, February 16, 2013

Google Store (Kedai Google) akan dibuka?

Tidak lama lagi, Google dilaporkan akan mula membuka kedai (Store) tersendiri menjelang akhir tahun ini.

Outlet Google akan dibuka untuk menjual sendiri produk-produk Google seperti peranti Nexus, Chrome terus kepada pengguna. Matlamat Google adalah untuk menjual produk fizikal dan software sama dengan Google Play. Di samping menjual produk semasa, kedai Google juga akan menjual peranti akan datang seperti Google Glass serta menjadi outlet utama bagi cawangan-cawangan kecil untuk mengedar produk secara terus ke tangan pengguna memandangkan ramai yang telah menyedari kehebatan produk-produk Google.

Menurut laporan 9-5 Mac, Google ingin memberikan pelanggan merasi sendiri produk mereka dengan lebih dekat lagi sebelum pelanggan tersebut membeli produk berkenaan. Reka bentuk Google Store ini adalah lebih kurang sama dengan Apple Store yang membolehkan pengguna untuk mencuba versi demo produk sebelum mereka melakukan pembelian. Apa yang anda fikir? Adakah anda ingin melihat kedai-kedai Google di kawasan anda? Adakah anda fikir mereka boleh berjaya seperti Apple Store?

| No comments:
Sponsors : Best Google Covers | Desktop Wallpaperslk | PSD Graphics
Copyright © 2013. Hack Gadget - All Rights Reserved
Template Design by CBT | Edited by Masterzoul